Adznee's FotoPage

By: Adznee Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Monday, 12-Jul-2010 07:10 Email | Share | | Bookmark
Hujan dan Batu

hujan 1
 
 
View all 9 photos...
Gambar-gambar ni aku ambil sewaktu hujan tengah lebat. Tak tau apa nak buat, ambik kamera dan tembak la gambar hujan. Ini la hasilnya.


Monday, 12-Jul-2010 04:40 Email | Share | | Bookmark
Burung Air

Burung Undan
Undan jugak
geng undan
View all 12 photos...
Antara beberapa jenis spesis burung yang berjaya menunjukkan pose menarik. Gambar ini di ambil di Wetland, Putrajaya. Lokasi terbaik untuk mengambil gambar burung jenis ni di koordinat berikut ( 2.957694°, 101.697299° )


Monday, 12-Jul-2010 04:29 Email | Share | | Bookmark
Gerek ku ..

 
 
 
View all 5 photos...
Ini la basikal kesayangan ku ... warna putih berseri ... kalau masuk offroad, abis ...


Thursday, 29-Apr-2010 00:16 Email | Share | | Bookmark
Hajat Di Hari Nak Tangkap Bulan, Apakan Daya ...

Jambatan Seri Gemilang
Jambatan Seri Gemilang 2
Bulan
View all 6 photos...
Malam tadi cuaca baik. Langit terang. Malam ke 14 Jamadil Awal. Bulan Hampir penuh. Memang cantik bulan malam tadi. Oleh sebab aku rasa malas sangat nak kayuh basikal, aku cuba nak ambil gambar bulan. Mana la tau kot kot boleh. Capai kamera, terus ke PICC. Dah dekat pukul 10, jalan masuk ke PICC pun dibuka 1 lorong je, tapi aku belasah naik jugak. Sampai kat atas tu, sempat la ambik beberapa keping, sorang pengawal datang tegur aku dengan penuh hikmah. Memang profesioanal la, tak de la dia marah ke, halau ke, guna kata-kata kesat ke, tapi dia bagi aku kebenaran untuk ambil gambar lagi sikit. Sepatutnya pukul 9 dah tak boleh ke sini katanya. Tenkiu Encik Pengawal sebab kasi aku peluang untuk ambil gambar lagi sikit.

Lepas tu aku turun, dan parking kat tepi tasik sebelah Jambatan Seri Gemilang dan ambik lagi gambar bulan. Agak susah jugak sebab aku budak baru belajar. Dah la takde tripod. Yang ada pun mini tripod je (free gift). Sangat tak stabil la itu mini tripod. Tapi aku belasah je ...


Monday, 19-Apr-2010 14:54 Email | Share | | Bookmark
Canon

canon
ladybird
Assalamualaikum w.b.t

Salam pembuka bicara.

Untuk melengkapkan fotopages ini dan sebagai pengenalan, Canon adalah jenama yang akan digunakan sebagai wadah di dalam fotopages ini. Akan tetapi peralatan yang bakal digunakan bukanlah pada tahap profesional, cuma entry level. Bukan juga DSLR yang harganya ribuan ribuan ringgit, tetapi cuma digital compact camera.

Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.

Wassalam ...


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net